Friday, April 28, 2017

Aisyah Turns One!

16hb April haritu umur Aisyah genaplah setahun. I swear time flies so fast, I wasnt being warned. Rasa macam rindu nak dukung Aisyah masa baby sebulan dua bulan yang taktau pape. Yang tau nangis, berak and tido je. (betul eh masa ni main pon dia tak paham lagi. haha)
Alhamdulillah Aisyah baby yang senang sangat nak jaga. Tak banyak pe'el, jarang jatuh sakit (sangat kuat ye antibodi dia), mudah serba serbi. Alhamdulillah ya Allah. Kalau ada budak memilih puting botol la, memilih susu la, memilih makanan la, tapi Aisyah ni sangat memudahkan. Huhu aku taktau la apa yang aku buat to deserve this TT

So sebab kan its her first birthday and to make it very special, i have decided to bake a cake. Untuk pengetahuan korang, dah dua tahun lebih ye aku tak mem'baking' ni. Awkward sangat rasa masa memula sukat tepung tu LOL. Seminggu sebelum dah gigih google resipi healthy cake untuk anak. Kengkonon je lah. Last last buat Chocolate fudge cake with chocolate filling and cream cheese frosting. Amikkau. Hahaha! Balas dendam ke dua tahun tak buat kek. Kahkah.

Presenting the cake....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 Siap ada dripped chocolate ganache k. Haha

Biasa je lah actually. Ni kategory amatur ni. Tengoklah sprinkles tak sekata ada atas bawah, dripping ganache pon comot, apatah lagi frosting tu. Tak rataaaaa. Hehe.
Kek ni moist chocolate kek biasa, filling dia chocolate ganache. Walaupon rupanya takde lah cantik mana tapi bila bawak utk opismate yg lebih2 tu siap ada request bawak balik umah ye. Suka tak suka bila ade orgsuka makan kek yang kau buat? 😸😸

The only picture that has my small family in it. :D 

Thanks to my husband sebab gigih belikan birthday hats & belon tiup bunyi bunyi tu. Walaupon tak seberapa celebrationnya tapi jujur cakap puas hati dah :* cukup meriah dah. Lgipun there is always next year kan insyallah. Haha

Happy birthday anakku Wan Nur Aisyah. Semoga membesar dengan sihat dan solehah. Mak doakan yang terbaik untuk Aisyah. Aisyah dah besar nanti jangan lupa kan mak ye. Sebab sekarang mak perasan Aisyah nak dengan ayah je. Haha. I love u Aisyah May Allah SWT bless you:)
.

No comments: